Wednesday, June 5, 2013

Aku, Architecture dan Haiwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah masuk 3 bulan tak update apa-apa di blog. Maklum lah terdapat pelbagai kekangan. Dalam masa 3 bulan tu macam-macam jadi kat hidup aku lebih-lebih lagi sebulan yg lepas. Tapi ape kaitan dengan tajuk entri aku nie? Entri nie panjang yea. Jadi be prepared.

Macam mana aku boleh terasa hati nak amek architecture? Pada asal nya aku nak sangat amek Interior Design. Aku siap dapat offer dari University kat San Francisco untuk amek interior design. Yg tau pasal nie cuma encik dan buddy aku sorang tu. Family aku semua tak tau sebab time tu diorang nak aku amek medic. Kenapa tak nak amek medic? Aku tak suka chemistry.. Tu lah dia.. Bila habis matriks, aku sungguh bersemangat nak amek interior design. Bila nak pergi register, orang registry kata matriks aku invalid kat college tu. So aku kene amek foundation. Kata nya matriks tak de asas architecture yada yada yada. Interior design kan cabang architecture. So aku pun amek la foundation. First semester sangat seronok. Result pun ok. Masuk 2nd semester, lagi la semangat kan. Masa minggu kedua 2nd semester, ade satu expo pendidikan di Mid Valley. Time tu aku teman mama, dia tolong kawan dia bukak booth. Aku g la jalan-jalan. Nampak booth college aku yg sangat grand tu. Jumpa la lecturer architecture. Sembang-sembang dengan diorang. Kemudian Ms Z kata aku boleh proceed ke degree, tak perlu amek foundation sebab aku dah ade matriks. Dia kata registry buat macam tu semata nak kaut duit lebih. Aku mengerti part tu. Dia pun ade mengatakan kalau aku amek interior architecture/design, aku dah kecikkan skop aku. Kalau amek architecture, skop aku lebih besar. Tanpa berfikir panjang apa kah itu architecture, aku pun nekad amek je architecture.

So masa 3rd week, aku semangat la nak move on to degree. Borang semua aku isi mintak lecturer sign. Hari Selasa kalau tak silap, aku masuk first class aku dan first kawan aku adalah Natasya, sangat cantik dan comel orang nya. First semester tidak begitu baik sebab masa nak last-last tu ada musibah menimpa. Aku fail dan kene repeat lah kan. Aku tak kesah pasal tu. Tahun seterusnya aku ok, berjaya. Tapi cukup-cukup makan. Semua result aku cukup makan. Aku tak mengerti. Kenapa jadi macam nie. Aku dah usaha, aku dah  g class semua, aku solat dan melakukan ibadah yg wajib dan sunat. Kenapa masih macam nie. Aku pun teruskan lah perjuangan aku. Alhamdulillah aku ada buddies di college yg aku boleh cerita every single thing kat diorang.

Pada tahun 2010, aku adopt Astro dan Sophie. Dari situ, bermula lah episod aku dengan haiwan yg membawa dari satu cerita ke satu cerita. Selama setahun, hidup aku dan haiwan adalah dengan mereka berdua. Haiwan jalanan aku tak amek pot. Aku tak bagi diorang makan. Tapi aku tak de la jugak menyakiti mereka. Masa kes PETKNODE dulu. Dari situ lah aku tergerak hati nak bantu haiwan yg lain. Sebab kalau kucing-kucing aku mangsa PETKNODE, orang yg kasihkan haiwan akan berusaha tolong walupun tu bukan kucing diorang. Pertolongan tanpa mengira siapa. Kes tersebut berlaku pada tahun 2011. Nak diikutkan pada raya tahun tu, aku nak boarding Astro dan Sophie di situ. Tahun 2010 aku pernah boarding diorang dan aku sangat puas hati. So aku pun dah bayar down payment which was half of the total amount. Aku amek yg bilik punya boarding sebab aku nak keselesaan diorang. Tapi papa kata tak yah. Aku tak cakap aku dah bayar, jumlah nye boleh tahan juga. So aku akur jugak tanpa hati yg rela. Malam raya aku dapat tau kes tu jadi, aku rasa sangat bersyukur sebab aku tak hantar diorang untuk boarding. So aku nak bantu mereka yg lain. Kucing pertama aku foster adalah Oreo, kucing long hair warna hitam putih. Dia dah pun berjaya dipertemukan dengan tuan asal nya keesokkan hari,

Bermula dengan Oreo, aku foster kucing lain. Dari yg berpenyakit, masih perlu diberi susu setiap 2 jam hingga lah yg berkurap teruk. Semua tu mengajar aku macam-macam. Aku perasan bila pasal haiwan, aku cepat-cepat ambil tindakan, aku cepat nak tau pe bende. One day, buddy aku kata kat aku ' Dewi, aku rasa better kau tukar kos. Aku tengok kau lebih kepada haiwan berbanding architecture. Cuba kau tanya kak N, sebenarnya dia nak amek architecture atau veterinar'. Aku senyap time tu. Kak N, aku baru kenal tahun lepas. Jumpa pun tak pernah. Tau gitu-gitu je. Masa aku g Penang ade event, first time jumpa Kak N. Aku beranikan diri tanya Kak N, dia sebenarnya nak jadi architect atau doktor veterinar. Dia kata kalau boleh dia nak amek veterinar. Dia tanya aku kenapa, aku kata tak de apa-apa. Aku rasa buddy aku sorang tu dah tau ape jawapan Kak N dan nak aku tanya dia sendiri.

Masa aku foster kucing-kucing tahun 2011-2012, dapat banyak tentangan dari keluarga. Mainly sebab diorang nampak aku lebih ke arah haiwan berbanding architecture. Kakak aku pernah kata, cuba kau belajar macam mana kau buat dengan haiwan. In terms of semangat la. Aku nie kuat berfikir. So aku pun berfikir la. Aku tanya encik, best tak kerja. Dia kata best sebab kerja yg dia buat tu minat dia. Bila minat, tak terasa macam buat kerja. Aku pun berfikir la. Bila pasal haiwan, aku tak terasa sesuatu yg kene dipaksa tau. Aku rela. Sebab aku suka, aku sayang dan minat aku ke arah itu. Tp adakah hanya sebagai minat semata atau aku nak buat sebagai profession. Kalau ada something new aku tau pasal haiwan yg aku dengar sikit-sikit, aku cepat-cepat nak tau betul ke tak pasal tu. Aku buat research macam-macam tanpa disuruh.

When it comes to architecture, aku macam dipaksa. I dont know. Tak de siapa paksa aku. Selalu nya, encik akan pujuk aku kaw-kaw untuk belajar, siapkan assignment. Dia nak aku habis study. Maklum la study aku asyik kene extend kan. Aku nie bukan pelajar pintar mahu pun top student. Aku tak pernah jadi top student. Aku tanya diri aku, kenapa aku tak boleh buat architecture nie macam mana aku buat kat haiwan. Aku tak de jawapan. Tapi aku rasa macam ada jawapan, mungkin ianya tak pasti. Aku rasa passion. Aku tak de passion untuk architecture. Yg aku perasan, subject yg aku selalu sangat kantoi dan adalah the last one dalam list subject yang aku minat adalah Design. Aku tak pandai mengira-mengira, tp aku suka. Aku tak pandai lukis pelan, tp aku akan usaha untuk belajar. Aku tak suka sejarah, tp aku suka belajar bende baru. Aku suka 'menghijaukan' dunia. Tapi bila tang Design, aku jadi cam tak nak buat. Aku tak terer, aku tak de idea, aku tak creative. Baru-baru nie aku discover yg aku nie lurus bendul. Patut la ape yg lecturer cakap, aku buat bulat-bulat. Aku tak reti nak twist sikit. Yg selalu jagi mangsa, encik la. 

Nak cakap pasal passion tak jugak. Salah sorang buddy aku, at first dia nak amek kos ape tah. Di atas kesilapan orang lain, dia masuk architecture. Aku nampak dia succeed. Apa yg dia design semua cantik. Dia cuma kata ' aku dah kat architecture, nak buat macam mana. ' Tapi kos yg dia nak amek tu ade kaitan dengan creativity. Lebih kurang jugak la bagi aku cuma yg architecture nie dia kene apply kat bangunan.

Bila orang tanya aku,  cita-cita nak jadi apa. Aku senyap. Dalam kepala aku minat haiwan. Tapi apa yg aku belajar sekarang nie adalah architecture. Jauh bidang nya dengan kehaiwanan. Honestly aku cakap, aku nak habiskan je belajar nie. Bila niat kita dah macam tu, result pun macam tu lah kan. Sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Takut nak buat tindakan, takut dengan apa yg orang kata, takut nak menghadapi reality. Itu lah antara sifat Dewi Kencana Putri yg hanya orang yg betul-betul rapat macam encik je tau. 

Macam encik kata, kalau orang yg tak kenal aku, mesti ingat aku nie jenis serious, matang etc. Umur aku 23 tahun nie, orang mesti ingat aku nie umur 33. Orang pun ingat aku nie kakak kepada kakak aku yg umur nye yg dah 26 tahun. Kemudian encik kata, kalau orang yg dah kenal siapa diri aku nie, perangai aku macam budak umur 13 tahun. Luaran tak menggambarkan dalaman. Aku sedar aku tak matang lagi. Nampak je matang. Aku selalu tanya kat encik macam-macam walaupun aku tau dia tak de jawapan kadang-kadang. Contoh nya, macam mana nak jadi matang. Macam mana nak jadi matang? Aku nie sangat kuat berfikir. Kadang bila banyak sangat berfikir, aku sendiri yg effected. Aku pun tanya encik, macam mana nak buat minda jadi kosong? Dia tak de jawapan. Kadang-kadang dia marah dengan soalan yg aku tanya. Sebab ada antara perkara yg kita tak perlu persoalkan, aku persoalkan.

Wahai Dewi Kencana Putri, perjalanan hidup jauh lagi. Tindakan kita sekarang akan effect kita pada masa hadapan. Kalau perlu ubah, ubah. Kalau perlu perbaiki, perbaiki. Kalau perlu berhenti, berhenti. Tp aku perlu pandangan dan bimbingan dari orang lain juga. What if this and that.. What if...