Monday, November 3, 2014

It Wasn't Enough

There's a time when I felt down. Really down. I manage to get up again with the help of my friend and alhamdulillah He always by my side during my ups and downs. I started to be even more grateful with the things I have right now. As for me, I tend to look things physically. If I can see it physically, then I am more convince. 

What I did was, I wrote down all the things that I am grateful for on a piece on an a7 paper ( a4 paper cut into 8 parts ), fold it and put it inside a box. The more paper that I used to write the things that I am grateful for, the more things came in my mind to write it on the paper. At one point I said to myself, you can use every paper that you have, cut every tree to make papers to write the things that you're grateful for, write it on every surface that is writable, but it is still not enough. 

Allah is so merciful. Even when you didn't 'talk' to Him, He still loves you no matter what you did, He still care even if you don't, He still there when you need Him. By the time, you want to 'be back', He will still accept you. 

Alhamdulillah.

Tuesday, October 14, 2014

My Second Home

I don't visit this place often. But I can say I visited this place more often than I visit my parents'. No one knows abour this except me. Maybe it's true what my friend said, I'm not a person who ask for help even though I really need one. 

I used not to like going to clinic or even hospital because I used not to believe in doctors due to some personal reason. The first time I came to the hospital for check up alone, it's like I've achieved something. Nobody force me to go. I willingly go. I can say that I was so proud of myself for doing that.

Say yay to yourself Dewi! Right now I'm waiting for my turn for check up. The other day I came for drawing some blood to be tested. Hopefully the result is good. I know that my Iron level is low, that's for sure. Nevertheless, been trying to eat Iron rich food.

That's all for now. Toulousss...

Monday, October 13, 2014

Thank you

Dear friend, I had a break down just now. I was shaking, crying and lonely. I texted you. Thank you for reading all my text. Thank you for being there. Thank you.

Friday, October 10, 2014

Everbody Will Have Something To Say About You

Every Inch Of You Is Perfect From The Bottom To The Top

Does any of you recognize this song? Yes you're right! It is All About The Bass by Meghan Trainor . Love this song the first time I listened to it. Been loving this song even more after I read the lyrics and watch the video clip. It's a good song saying that you should love yourself despite of the size you're in whether you're big or small, round or triangular/boxy shape. Just love yourself. But.. Yes but. Some will think that ok I'm just ok in this size, I should love myself. Big/small is good. 

You need to think back, are you doing a healthy lifestyle? If you do and you're just that size, then it is ok! If you're not then you keep on saying I'm ok in this size. I starve/eat whenever or whatever that I want. No it's not ok.

It's good to appreciate whatever shape you are in right now. But is it healthy? Ask yourself.

Bersyukur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku mengaku yg aku ini kurang mengucapkan alhamdulillah. Hanya apabila bende bende besar jadi je aku ucap alhamdulillah. Nikmat nikmat kecil tu aku tak ucap pun alhamdulillah. Baru baru nie, lepas dah buat 'diary', aku cuba nak buat lebih dari 'diary'. Aku pun fikir,mungkin aku nie jenis nak nampak sesuatu tu dulu baru cam owh ok. So aku buat lah macam kotak kesyukuran. 

Kertas A4 tu aku kerat 8 bahagian. Plan nya setiap bahagian tu aku tulis lah satu kesyukuran aku. Bila dah potong bebanyak, kotak pun dah ada. Dengan tenang hati aku tulis lah satu satu kesyukuran yg aku dapat hari nie. Mula mula tulisan cantik. Makin lama makin huduh tulisan. Setiap kali tulis 'alhamdulillah hari ini....', ada je banyak lagi bende yg nak ditulis. Pada satu tahap, aku berhenti. Aku kata kan kepada diriku. Sebanyak mana pun kau tulis Dewi, ada berjuta lagi nikmat yg Allah berikan kepada kita. Cuma kita tak bersyukur je. Kita pandang enteng lagi lagi pada bende bende kecil. Contoh nya bersyukur kerana ada rumah untuk berteduh, masih bangun lagi hari nie, mempunyai anggota badan yg berfungsi dan lain lain. 

Baru nak tulis nikmat yg Allah berikan untuk aku hari nie dah terasa banyak nya. Aku hidup dah 24 tahun. Dah 8500++ hari aku hidup. Setiap hari banyak sangat nikmat yg Allah berikan. Masyallah. Allah itu maha pemurah.

Masyaallah. Bila dah buat kan, rasa aku nie manusia yg sangat sangat kurang bersyukur. Subhanallah. Semoga kita mensyukuri segala nikmat yg Allah telah berikan kepada kita. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik nikmat tersebut. Maka bersyukur lah.

Tuesday, October 7, 2014

I Can Do This!

I never thought that I can go this far. It's not that far. But it is the farthest I've been. We did not have any conversation or me texting him without any reply for about 2 weeks. I read somewhere that if you can survive 3 weeks without something / someone, you might survive the rest of your life without it. I can do this Dewi. There's more good thing will come in life. Allah dah tetapkan rezeki dan jodoh masing-masing. Believe in Him Dewi.


Friday, September 19, 2014

Bukan Mudah

Mudah untuk orang ucapkan 'move on'. Yea memang mudah. Mudah juga untuk katakan kepada diri, 'ala Dewi move on je lah. Life must go on. Buat ape nak ingat lagi'. Yea mudah sangat. Mudah bila diri ini sibuk. Tp sukar apabila bersendirian tidak melakukan apa.

Message yg tidak dibalas, terlalu lali untukku. Aku sudah biasa dengan semua itu. Aku dambakan balasan message aku. Tp aku tau kalau aku dapat balasan, aku lebih mengharap. Tindakan aku memakan diri sendiri. Aku masih tidak dapat berpijak di bumi yg nyata. Aku masih terasa seperti dulu. 

Sering ku katakan kepada diri, ' kawen je lah dengan sape-sape. Sape nak kat aku kan, Belajar tah ke mana mana, gemuk, tak cantik, perangai tak senonoh, agama pun masih senipis bawang pengetahuan. Kalau ade suami, ade yg guidekan, tak de la terasa kosong, ade someone to be there'. Mudah bukan memujuk diri begitu? Walaupun aku belum berkahwin, aku tau perkahwinan bukan muda. Semua dambakan happily ever after. Kalau dapat suami yg ok, ok la. Kalau tak, ade suami tp macam tak ada suami.

Macam mana aku nak isi diri aku? Kadang terasa aku dah move on. Tp sebenarnya belum. Apa yg harus aku buat? Berdoa  / mengadu kepada Nya? Ok, Kemudian? I need that someone. Aku terlalu desperate kadang-kadang serasa aku. Orang baik sikit aku dah rasa ok he's the one. Tak Dewi tak. You are no one. Tak de sape nak kau. You're nothing. There's nothing special in you. Setakat diri penuh dengan kasih sayang, tak bawak ke mana Dewi.

I'm crying as I'm typing this. Truth's hurt. Sering aku teringat, surah an-Nur. Aku begitu sukakan surah itu. Salah satu ayatnya ada berbunyi lelaki yg baik untuk perempuan yg baik dan perempuan yg baik untuk lelaki yg baik. Aku sering katakan yg aku nie tak baik. Nanti dapat la laki yg tak baik. Tp aku nak lelaki yg baik. Semua orang mahu kan sebegitu. Aku usaha untuk memperbaiki diri aku. Yea aku berusaha. Tp bila aku bersendirian, macam-macam perkara yg tidak diingini aku fikirkan. Kemudian membawa aku melakukan perbuatan yg tidak seharusnya aku lakukan.

Aku tak kuat. Bantu aku.

Sunday, June 8, 2014

Kenapa Aku Masih Di Sini

Astro Sophie Nellie 
Edmund Caspian Aslan 
Pinkie Pie Rarity Johnny Jr 
Nefertiti Raven Callie 
Lala Lili Lulu 
Lolo Jimmy Simon 
Jackie


Kerana mereka aku masih di sini. Siapa mereka? Mereka semua kucing di bawah jagaan aku. Sebahagian di rumah ku, sebahagian lagi di bawah rumah ku dan sebahagian lagi di rumah ibu bapa ku. Kerana mereka aku masih di sini. Kalau aku tak de, siapa nak jaga mereka? Aku tak nak la jadi macam ade satu kes di mana pemilik haiwan nie stress lalu gantung diri. Haiwan dalam jagaan dia terbiar macam tu je. Nasib baik dalam wasiat dia ada mintak satu pihak nie jaga kan. Tapi, kenapa kita nak susahkan orang. Sampai bila orang orang nak orang lain bersihkan taik dia kan? Aku tak nak jadi macam tu. Sebab tu aku masih di sini.

Ada seseorang pernah bagi tau aku. Cari lah bantuan daripada mereka yg pakar. Bukan aku tak mahu. Sekarang ini segala nya memerlukan wang. Jadi aku lari. Yea aku lari dari masalah aku. Dengan pergi kat haiwan. Bila dengan mereka aku rasa tenang. Semua masalah aku hilang. Itu lah aku, pengecut! Aku lari dari masalah. Masalah tak kan selesai Dewi!!! Stop running and face your problems!!!!

Aku masih usahakan untuk mendekati Dia.. Bukan nya aku tidak.

Only you can help yourself Dewi.. Please, before it's too late. The clock is ticking. It won't wait.

Wednesday, June 4, 2014

Searching...

I'm looking for someone named Johari or Joe from Setapak that I've been chatting with for two nights. I would like to know him better, seriously. Nick name in this one particular chatting site can be change every time we log in. He's been using different names both nights. If it's happen you're the Joe that I've been chatting with talking about college politics and also ovo-vegetarian thinggy, do contact me. 

I know anyone can be anyone else online. But I don't know. Who know's I'm lucky enough to meet him. 

Tuesday, June 3, 2014

How To Love Yourself

I've been having problem loving myself. Yes it is true. I can care and love everyone else so much but not myself. Why? I'm not sure myself. So I found a 'how to' on the net. It might help you or maybe you can help someone who's having problem like mine.

http://www.wikihow.com/Love-Yourself

Image taken from the link above.

Ayat Ayat Cinta







Mesti kalian ingat lagu ini kan? Tak ingat movie tu keluar tahun berapa tapi best lah cerita tu. Lain dari yg lain. Walaupun cerita dia cerita Indonesia, tp set up dia, cara dia rakam berbeza dari typical cerita Indonesia. Jalan cerita pun sangat menarik.



Malam bila tah baru-baru nie tetiba teringat lagu nie. Cari la kat Youtube. Bila tengok video clip dia tak ingat jalan cerita movie nie macam mana. So gigih la tengok clip by clip movie Ayat Ayat Cinta kat Youtube tu. Lepas tu nangis sesorang. Huhu. Owh well. Enjoy the clip!

Thursday, May 29, 2014

Crack Under Pressure

Aku tak kuat. Aku tak pernah kuat. Dulu ade yg menjadi anchor aku. Sekarang tak de. Aku tak kuat. I need someone. Tak perlu kau katakan aku ada Allah dan family. Aku tau. Tp ia nya berbeza. Aku bukan nya orang yg rapat dengan family. Bukan aku tak dekat dengan Nya. Tp bila physically tu berbeza rasa nya. Aku tak kuat. Aku tak kuat. Dia dulu kata aku kuat sebenarnya. Walaupun aku selalu nangis, deep inside aku kuat. Ada orang tu nampak kental, tp dalaman dia tak kuat. Aku rasa kan aku seperti apa yg dia katakan. Tp tidak. Aku memang tak kuat. I need someone.

Monday, May 12, 2014

Aku Bukan Stereotype

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian..

Masa amat mencemburui aku sejak dua menjak nie. Cita-cita nak rajin tulis post terpaksa aku tone down dahulu. So Dewi, ape yang stereotype nya? Mengikut pak cik Google, stereotype bermaksud a widely held but fixed and oversimplified image or idea of a particular type of person or thing. Contoh kalau cakap pasal langit, mesti warna biru. Kalau cakap pasal rumput, mesti hijau. Itu lah stereotype. Tapi ape yg aku nak cakap nie? Meh aku cerita sikit.. 

Berlaku satu insiden yang merubah hidup aku hampir 360' pada tahun 2012 yang lepas. Masa tu aku down. Tapi aku mampu naik kembali. Tahun lepas lebih kurang waktu yang sama, aku down kembali. Tak mampu aku nak bangkit semula jujur aku katakan. Itu lah saat paling down dalam hidup aku. Tapi aku ( pernah ) ada dia. Dia bantu aku. Sedikit demi sedikit aku naik kembali menjadi diri aku yang sebenar. Tanpa aku sedari, aku berubah. Berubah menjadi seorang yang lebih baik serasa aku. 

Waktu itu aku rasa, aku kene menjadi seorang yang lebih baik. Tapi macam mana? So aku mula sikit-sikit. Dari pakaian aku. Dulu aku sering pakai baju berlengan 3/4, baju atas punggung dan ketat. Tidak aku nafikan. Aku mulakan dengan pakai baju lengan panjang sahaja. Aku mula sikit-sikit. Mula tu biasa la sikit sikit nak senseng lengan bila pakai baju lengan panjang. Maklum lah dah terbiasa kan. Bila aku senseng tu, aku tarik balik. Lama-lama dah terbiasa. 

Kemudian aku mula beli handsocks dan stokin muslimah ( kata nya lah. Beza cuma panjang sahaja ). Aku beli kat Mydin je. Time tu aku memang blur nak beli yang mana. Maklumlah tak reti kan. Dulu beli handsocks pun sebab bila pakai baju short sleeve, pakai handsocks, cover la kulit. Tapi kulit semata. Mula-mula nak pakai handsocks dan stoking nie cam halaaaaa. Tapi macam pakai je lah Dewi. Bila dah terbiasa, tak menjadi masalah. Ada jugak lah try tak pakai handsocks, rasa awkward nyaaaa lah!!! So aku pun pakai lah every time keluar rumah. 

Satu lagi masalah aku bila pakai stoking nie, aku nie dulu pakai flip flop je memanjang. Setahun dua kali aku tukar flip flop sebab dah lusuh. So aku korek-korek la kasut aku yang ada dalam kotak tu je tak keluar-keluar. Ada la beberapa yang masih elok untuk dipakai. Sikit-sikit aku beli kasut baru yang ok.  

Pada masa yang sama, aku mula pakai baju yang tutup punggung. Aku asingkan baju yang singkat dan sendat. Bila tengok balik apa yang tinggal, sedih nya. Macam dah tak de baju. Tapi tak pe lah, pakai je apa yang ada. Owh ya, tudung yang jarang dia kemain dan pendek pun aku dah asingkan. Bila beli baju baru pun aku usahakan untuk cari yang cantik la jugak di mata aku dan juga labuh serta tidak sendat. Tak aku nafikan aku suka pakaian yang cantik seperti gadis ( tak nak mengaku dia tu wanita chuuuiii!!! ) lain. Tapi bagi aku, aku pakai sebegitu kerna aku suka. Tidak berniat untuk menarik perhatian sesiapa.

Terdetik dalam hati nak pakai tudung labuh. Tapi aku tak gemar tudung yang macam ustazah pakai tu. Orang panggil tu tudung Koshibo kerana kain nya nama Koshibo. Atas sebab tak cantik. Haha Dewi, typical sangat jawapan. Tak aku nafikan, mesti ada yang berkata tak cantik di mata manusia tak apa, tapi cantik di mata Allah. Sering aku mendengar jawapan sebegitu. Aku nak tudung yang berwarna. Aku kan suka warna. Colourful pun tak pe. Aku suka. Ade sekali, aku beli di area parents aku tinggal. Tudung empat segi yang tidak ku tahu bidang apa. Tapi besar lah. Tu pun beli senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa termasuk parents aku.

Bila aku ke Kelantan, aku ambil peluang untuk beli tudung bidang besar. Yang orang dok kata bidang 60 tu lah kan. Orang yang tak tau pasal tudung bidang besar nie bila pergi beli mesti la tak tau brand ape, harga standard berapa pun aku tak tau. Aku berjaya beli 5-6 helai. Aku gembira tak terkata dalam hati. Tak lama kemudian, aku ke Jakel di Jalan TAR dengan dia. Aku nak buat tudung kata ku. So pusing la Jakel tu. Dari tingkat satu ke tingkat dua. Kesian salesperson tu. Nak dekat 2 jam jugak lah kat Jakel tak jumpa pape. Maklum lah aku nie kan banyak bebeno criteria nak kene ikut. Last last jumpa. Kain dia perfect! Aku beli la satu setengah meter. Cari kedai jahit tepi tak de. Kedai Melayu ada tapi everytime aku pergi mesti tutup. Weekday ke weekends ke siang malam aku pergi mesti tutup. Sakit hati betul. Last last aku mintak dia tolong hantar kat mak dia untuk jahit tepi tudung dengan piping. Time tu tengah in tudung/shawl ber piping nie.

So ade lah beberapa koleksi aku yang tak seberapa itu. Aku pakai bila pakai baju kurung at au baju muslimah yang sempat aku beli di Kelantan tempoh hari itu sahaja. Sebab aku rasa pakaian ku semua tak cukup syarat untuk aku pakai tudung besar nie. Yea lah kalau baju tak tutup punggung atau sipi-sipi tapi pakai tudung labuh tak ke nampak awkward. Walaupun tidak bertudung labuh, aku usahakan untuk pakai tudung yang menutup dada.

Lama kelamaan aku makin selesa bertudung labuh. Tidak aku pakai setiap masa. Tapi aku usahakan untuk sering pakai. Tak lama lepas tu, aku terdetik ingin berpurdah. Macam best je berpurdah. So aku mula la cari online shop yang jual purdah nie. Aku nie dah la sengkek, nak beli lagi. Cam mana yea. One day aku terfikir. Why not guna tudung labuh tu, sekali kan jadi purdah. Aku pun buat la trial and error. Menjadi!!! So day 1 aku pakai purdah sebegitu ke college. Tak de la rasa dipandang pelik. Day 2 aku pakai g mall, tak pelik jugak. Tapi ada seorang gadis cashier nie aku perasan, bila dia deal dengan aku, muka dia nampak sangat bersinar tau tengok aku. Aku pulak yang pelik.   

Ok sampai situ sahaja cerita perubahan aku yang tak berapa nak berubah sangat pun. Apa yang aku nampak kan bila bertudung labuh dan lebih bertutup nie kan, aku rasa lebih secure. Aku tak nafikan. Masa mula-mula aku baca blog orang yang start/dah bertudung labuh nie macam yea ke. Ape yang safe nya? Tudung je kan. Ha~ Aku pun tak reti nak explain. Aku part explain nie memang fail. Tapi ape kata bagi muslimah di luar sana, try untuk bertudung labuh dan menutup aurat anda dengan sempurna untuk sehari. Anda akan nampak perbezaan nya. Betul tak tipu.

Walaupun hampir 50% bila keluar aku sudah mula bertudung labuh, aku tak nafikan yang aku masih lagi banyak kekurangan nya dalam bab agama. Aku bertudung labuh bukan kerana aku nak kata aku alim, lihatlah aku dah hafal banyak juzu'. Tidak. Aku masih lagi banyak kekurangan. Orang sering mengatakan ala tudung labuh tapi perangai kalah orang tak pakai tudung. Tudung labuh tapi hati busuk sekian sekian sekian. Macam-macam lah. Aku tak nafikan juga kadang-kadang aku salah seorang daripada mereka yang berkata begitu. Tapi aku refleks kepada diri ku sendiri. Kenapa aku bertudung labuh. Bagi aku itu lah sekecil-kecil perkara yang dapat aku lakukan. Aku nie entah la, masih jahil lagi. Banyak sangat kekurangan nya. Aku sering mengadu kepada dia, aku nie bertudung tapi perangai dot dot dot. Aku nie pakai begini tapi masih dot dot dot. Dia cuma kata, tak ape lah. Pelan pelan. Sekurang-kurang nya awak masih ada tudung. 

Aku ( kadang-kadang ) bertudung labuh tapi aku bukan stereotype. Aku masih banyak kekurangan. Stereotype yang orang katakan tudung labuh mesti alim, jalan pandang ke bawah jaga pandangan, segala-gala nya dijaga. Aku usahakan untuk jada tapi aku tidak seperti apa yang orang sangkakan orang bertudung labuh itu seperti apa.

Di sini aku hanya bercerita tentang diri aku. Tiada kaitan dengan sesiapa. Aku tidak maksudkan sesiapa di sini kecuali aku dan dia. Maaf jika terasa. 

Thursday, March 20, 2014

Missing

The clock show's 6.38pm. Normally what I would do is spamming someone that I care and love with text and calls asking ' What time you will get back?' or just simply ' Nak dinner tak? '. Around 7.30pm, I will ask different question; ' How are you? ' or ' How's your day? '. The normal answer that I will get is ok.

Owh well. Things have change. I should ask myself now, how's your day, is it productive, have you eaten?