Friday, October 10, 2014

Bersyukur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku mengaku yg aku ini kurang mengucapkan alhamdulillah. Hanya apabila bende bende besar jadi je aku ucap alhamdulillah. Nikmat nikmat kecil tu aku tak ucap pun alhamdulillah. Baru baru nie, lepas dah buat 'diary', aku cuba nak buat lebih dari 'diary'. Aku pun fikir,mungkin aku nie jenis nak nampak sesuatu tu dulu baru cam owh ok. So aku buat lah macam kotak kesyukuran. 

Kertas A4 tu aku kerat 8 bahagian. Plan nya setiap bahagian tu aku tulis lah satu kesyukuran aku. Bila dah potong bebanyak, kotak pun dah ada. Dengan tenang hati aku tulis lah satu satu kesyukuran yg aku dapat hari nie. Mula mula tulisan cantik. Makin lama makin huduh tulisan. Setiap kali tulis 'alhamdulillah hari ini....', ada je banyak lagi bende yg nak ditulis. Pada satu tahap, aku berhenti. Aku kata kan kepada diriku. Sebanyak mana pun kau tulis Dewi, ada berjuta lagi nikmat yg Allah berikan kepada kita. Cuma kita tak bersyukur je. Kita pandang enteng lagi lagi pada bende bende kecil. Contoh nya bersyukur kerana ada rumah untuk berteduh, masih bangun lagi hari nie, mempunyai anggota badan yg berfungsi dan lain lain. 

Baru nak tulis nikmat yg Allah berikan untuk aku hari nie dah terasa banyak nya. Aku hidup dah 24 tahun. Dah 8500++ hari aku hidup. Setiap hari banyak sangat nikmat yg Allah berikan. Masyallah. Allah itu maha pemurah.

Masyaallah. Bila dah buat kan, rasa aku nie manusia yg sangat sangat kurang bersyukur. Subhanallah. Semoga kita mensyukuri segala nikmat yg Allah telah berikan kepada kita. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik nikmat tersebut. Maka bersyukur lah.

No comments:

Post a Comment