Saturday, February 16, 2013

Rumah Ku Syurga Ku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apakah maksud kediaman bagi anda? Tempat untuk berehat? Tempat untuk buat bisnes? Tempat untuk bersama dengan keluarga? Tempat untuk belajar? Setiap seorang mesti mempunyai definisi kediaman tersendiri. Kediaman atau lebih tepat lagi rumah. Bagi saya, di rumah lah saya boleh berehat, meluangkan masa bersama yang tersayang,memasak, melakukan hobi di masa lapang ( saya ada banyak hobi tapi semuanya boleh dilakukan di rumah, tak perlu keluar rumah ), membaca, melayari internet dengan selesa dan lain-lain lagi.

Rumah adalah antara keperluan asas bagi seseorang. Tetapi bergantung kepada seseorang itu berapa kerap perlu berada di rumah. Mungkin bagi yang sudah bekerjaya dan mempunyai keluarga lebih selesa berada di rumah sebab dapat berehat sambil meluangkan masa dengan keluarga. Mungkin yang masih single dan tidak mempunyai apa-apa komitment lebih selesa merantau mencari pengalaman tanpa mempunyai rumah yang tetap. Dan mungkin juga ada yang terlalu sibuk bekerja sehingga tempat kerja adalah rumah pertama dia berbanding rumah sendiri yang dijadikan rumah kedua. Aneh bukan? Itulah manusia, mempunyai pelbagai pemikiran, keperluan dan kepentingan masing-masing

Sesibuk mana pun anda melakukan sesuatu tugas itu, bekerja atau belajar, pulang lah ke rumah. Jangan jadikan rumah sebagai tempat untuk tidur sahaja. Belajar atau bekerja, buat lah bersungguh-sungguh ketika waktu yang ditetapkan, selepas itu pulanglah. Mungkin perlu over time. Over time tu pun biarlah berpada-pada. Badan juga perlukan rehat. Tidur di pejabat mahupun kelas berbeza dengan tidur di rumah. Mesti anda semua pernah merasai pengalaman tidur di tempat kerja mahu pun kelas. 



No comments:

Post a Comment