Wednesday, February 13, 2013

Tak Salah Menegur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Zaman sekarang nie, jarang saya nampak orang menegur antara satu sama lain. Kebanyakkan nya macam kau jaga tepi kain kau, aku jaga tepi kain aku. Tak pun, belum tegur lagi dah ada macam-macam spekulasi dalam kepala 'alah kalau tegur dia pun macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'. Jadi orang dah jarang sangat menegur. Teguran tu janganlah sampai memalukan orang tersebut. Memalukan maksud nya ditegur di khalayak ramai. Alangkah lebih baik teguran itu diberikan secara peribadi. Bagi saya teguran nie perlu. Bukan untuk memalukan seseorang, tapi untuk memperbaiki diri dia sendiri. Ada orang, rasa ape yang dia buat dah ok dah, sebenarnya ada kurang lagi di sini dan sana. Di situ lah penting nya teguran, supaya dia nampak sesuatu perkara yang dia tak nampak.

Setiap orang menerima teguran dengan cara masing-masing. Ada yang tak boleh terima langsung, ada yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri, ada yang terus mengambil tindakan selepas teguran dilakukan dan ada juga yang pada mula nya tidak boleh menerima teguran tetapi dia berfikir selepas itu tentang teguran yang diterima lalu bertindak. Cepat atau lambat perubahan seseorang terhadap sesuatu teguran itu berbeza. Ada yang ambil masa 24 jam. Ada yang ambil masa setahun. Ada juga yang bila dah kene diri sendiri baru nak berubah. 

Kesimpulan yang dapat saya berikan ialah, marilah kita menegur sesama kita untuk kebaikkan kita semua juga. Sekian.


Tuesday, February 12, 2013

Fireworks!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Kan baru-baru nie Chinese New Year. So banyak lah firework dok pung pang sini sana.. Sebab aku tinggal kat rumah bertingkat-tingkat nie, kadang-kadang fireworks tu dah sama paras dengan level rumah aku. Ha~ Tinggi tak tempat aku tinggal. Hehe.. Suka tengok fireworks tu semua. Tapi kesian la kat kucing dok terkejut-terkejut. Tapi diorang tak de la sampai sorok sini sana, lari lintang pukang. Dah biasa kot.. Cuma mata je la buulat sangat!!


My Third Blog y'all!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini aku nak share blog ketiga aku~ Ini lah dia My Health's Journey. Buat ape nak ade 3 blog, satu tak cukup. Blog yang nie, aku khas kan untuk pape lah pasal kehidupan seharian. Blog kedua aku, aku khas kan untuk perihal haiwan iaitu Animals; They Matter to Me. Kalau kat FB, ade orang tak suka aku dok post pasal haiwan. Siap ade yang unfriend lagi. Tak pe la~ Aku bukan nye post pasal bende yang bukan-bukan. Aku hanya nak buka mata orang tentang ape yang haiwan nie rasa, ape yang mereka perlu buat kalau ade pets etc. Dan yang terakhir iaitu blog ketiga tu untuk pengembaraan aku, cewah pengembaraan lah sangat~ Perjalanan aku untuk menjadi sihat lah lebih kurang macam tu. So insyaallah aku akan update lah kat situ. Kalau ade rezeki, ada camera, insyaallah lagi rajin aku update ketiga-tiga blog aku nie. Ade gambar baru asyuk sikit kan?

Sampai sini saja. Sekian..

Monday, February 11, 2013

Kehendak atau Keperluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masa zaman remaja dulu ( sekarang pun remaja tau! ), Mama pernah kata ' bezakan yang mana kehendak dan yang mana keperluan '. Masa tu, endah tak endah je ape yang Mama cakap tu. Tapi semenjak 2-3 tahun kebelakangan nie, aku guna ape yang Mama pesan tu. Mungkin masa zaman remaja, hidup kami senang sikit, aku tak kesah pasal semua tu. Aku terasa nak, aku beli. Macam dulu tu aku ade hobby yang mahal. Tak de la mahal macam jam ribu raban tu. Aku kumpul wrapping papers. Tak kesah la berapa pun harga dia kalau cantik aku beli. Ade tu harga dia RM9+ sekeping. Tehee~ Yang tu lain cerita lah. Bila sekarang nie, aku pun ade tanggungjawab, duit pun nak kene saving untuk ini itu dan lain-lain. 


Contoh nya pakaian. Seriously aku dah lama gila tak beli baju baru, seluar baru, tudung baru etc. Antara sebab nye pakaian kat rumah aku nie pun dah tak muat nak simpan. Kalau beli lagi, lagi lah tak muat kan. Kalau pergi jalan-jalan, nampak la comel nye baju ini itu, nak beli lah!! Tapi aku tak beli on the spot walaupun aku ada duit. Aku jalan-jalan dulu. Sambil jalan tu aku pun fikir ' Dewi, baju tu kehendak atau keperluan? ' Baju ada banyak, obviously lah bukan keperluan tapi lebih kepada kehendak. So aku pun tak jadi la beli~

Yang paling aku rasa aku buat the right choice adalah hand phone. Phone lama aku rosak awal tahun lepas, so Mama belikan aku Nokia torchlight. Fungsi asal hand phone kan call dan message. So phone nie cukup syarat la. Masa pergi class trip. phone nie screen dia retak. I have no idea at all macam mana boleh retak. Bangun tidur je tengok phone dah retak. Tak pe lah boleh guna lagi. Masa pergi trip tu jugak, aku pinjam Encik punya Ipad. Konon nak pakai internet etc. Tapi, aku main game je memanjang sampai kawan-kawan aku pun perasan. Teruk nya lah kan aku nie. Aku pun paranoid. Paranoid nak pakai smart phone takut aku tak boleh nak kawal addiction aku tu. Aku nie suka main game arcade. Satu lagi yang aku paranoid pasal phone canggih nie, cepat habis battery. Cepat habis battery sebab selalu guna phone sebab apps banyak. Pernah jadi dulu, time emergency phone aku habis battery sebab aku dok main game je memanjang. Kalau phone torchlight nie, sekali charge kalau tak bergayut, battery tahan seminggu. Hehe. Baru-baru nie Encik beli phone baru, dia tanya aku tak nak tukar phone ke? Dia tanye je tapi obviously lah pakai duit sendiri kan. Aku kata aku tak rasa perlu lagi smart phone. Phone yang aku pakai sekarang nie dah cukup dah bagi aku. Another thing, aku takut kalau aku ade internet on the go, menghadap phone je memanjang. Aku benci tau kalau keluar dengan orang tapi dia asyik menghadap phone je. Baik tak yah keluar macam tu. Bila aku tegor, kata aku nie kecoh, mentang aku tak de smartphone etc. Respect la kot orang yang keluar dengan kau nie.

Nie la game yang aku main masa pergi trip tu. Best~


Ha ade satu lagi contoh. Masa kat Kaison Paradigm Mall, aku dah amek note pad bentuk kucing. Suka gila!! Everytime pergi sana window shopping mesti aku g tengok. Aku pun amek la design yang aku suka tu. Tak mahal pun. Satu design RM1.50. Aku amek 4 design. So total RM6. Yea RM6 'je'. Before aku bayar, aku pun pusing-pusing la Kaison tu sambil fikir ' do I really need this one? '. Bila dah habis fikir, aku letak balik sebab aku rasa itu adalah satu kehendak.

Lebih kurang macam nie lah note pad tu. 
Kalau kenan, cari la kat Kaison Paradigm Mall yea.


Begitulah aku sekarang. Ade orang tak suka macam tu. Kalau dia nampak ape barang dia suka, dia amek je. Kalau bayar pakai cash atau debit card tak pe. Nie yang bayar guna credit card. Mana tak banyak orang muflis sekarang nie. Lagi-lagi golongan belia. Bahaya tau credit card nie. Tu je lah nak diceritakan. Thanks for your time..

Friday, February 8, 2013

Tabungan Ku

Assalamualaikum~

Dah bersawang ha blog aku nie. Tak reti-reti nak hapdate ke Dewi oi~~ Hari nie nak kongsi satu tips nak saving, nak kumpul duit sesambil jadi sihat. Acane?

Sekarang-sekarang nie aku merajinkan diri untuk masak kat rumah. Walaupun resepi aku tah pape kan, asal aku boleh telan dan bagi aku sedap, orait la kan. Bila masak kat rumah, aku save duit. Maklum la fulus tak berapa nak banyak. Tapi aku nie ada cita-cita nak buat itu ini kat dapur rumah aku. Kalau nak keluar duit selambak tu, terasa gila la kan. So aku buat la satu tabung nie. Tabung simple je. Aku guna jar Prego yang dah dibasuh, aku cover luar dia tu dengan kertas hitam dan buat la sikit design. Tak de la bosan sangat. Every time aku masak, aku akan masukkan RM1 ke dalam tabung aku tu. Nanti kalau dah banyak, aku beli la sikit-sikit barang yang aku nak beli untuk dapur tu. Yang pertama aku nak beli adalah apron!!! Masa abang kawan aku kahwin tahun lepas, aku pergi la Ikea nak beli hadiah kahwin. Encik dok bising aku bagi set pisau kat rakan-rakan yang baru kahwin. Berguna kan pisau tu. Bukan nye tak berguna. So cari barang dapur la. Tu yang aku rasa berguna. So teringat yang abang kawan aku dan segenap family dia suka masak, so aku belikan la apron yang sangat cantik. Aku pun nak jugak. Hehe. Tapi duit dalam tabung tak banyak lagi so nanti-nanti lah tunggu dah cukup, baru aku beli apron tu. 
Macam nie design dia kalau tak silap. Yang penting warna putih. I loike white!!

Tabung kedua aku tabung work out. Kau hado? Everytime aku work out, aku akan masukkan nilai yg dah ditetapkan dalam tu. Tengok la work out ape yang aku buat dan berapa nilai yang aku dah tetapkan. Duit tu aku nak guna untuk beli makanan atau minuman yang kurang sihat dan agak pricey. Macam cheat day lah kan. Aku nak jaga pemakanan dan aktiviti harian aku. Aku nak jadi sihat. Saje aku letak nilai yang rendah bagi aku lambat nak rasa atau aku berusaha gila-gila kalau nak cepat. Ade satu tu, aku letak nilai seposen. Tak pe, lambat pun tak pe. Sooner or later dapt la jugak. Kene berusaha la kan. Tapi makanan atau minuman yang tak sihat dan agak mahal tu tak de la tak sihat sangat dan mahal mana pun kalau consume once in a while. Macam Juice work RM12+, Chatime RM8, Anis Choc Moist Cake RM5. Once in a while. Aku baru start akhir bulan lepas. Ok la jugak berapa yang ada dalam tabung tu. Macam motivate aku untuk work out lagi. Nanti dapat la ganjaran kan. Sape tak suka ganjaran, aku suka!

Lebih kurang cam gini la.