Monday, May 25, 2015

C.I.N.T.A.

Satu perkataan. Cukup satu perkataan sahaja boleh membuat sesiapa yg membaca perkataan itu memikirkan seseorang. Samada cinta lama atau cinta baru sekali pun masih mencari cinta. Apa itu cinta? Hanya mereka yg kenal apa itu cinta sahaja mengerti. Kadang, ia tidak dapat digambarkan dengan kata kata.

Kau jatuh cinta? Mudah sungguh kau katakan kau cinta kan seseorang. Kau jatuh hati, bukan jatuh cinta. Aku cinta padamu. Sungguh mudah kata kata itu diucap oleh bibir bibir manis oleh pria dan gadis masa ini tanpa benar benar bermaksud ingin mengatakan nya.

Kau siapa pada nya dan dia siapa pada kau? Cinta itu indah. Cinta juga sakit. Mana satu pilihan mu? Kau tidak dapat menyintai sesorang tanpa rasa sakit walau sedikit pun. Kau jaga hati nya, dia jaga hati kau. Tp, ada beberapa perkara yg membuat kau sakit tanpa dia sedari. Kau telan? Kau lontar? Kau ucap? Itu bergantung kepada diri mu. Dia tidak memaksudkan nya kau fikir. Ahh! Itu hanya diri mu yg terlalu rapuh. Mudah menitiskan air mata, mudah terasa hati, mudah untuk memaafkan atas dasar cinta.

Cinta. Cinta dapat membuat seseorang bangkit. Cinta dapat membuat seseorang tersungkur. Yg mana satu kah kau? Cinta harus membuat kan mu bangkit. Jika cinta sering kali membuat mu jatuh, jatuh sehingga kau tidak dapat berdiri, itu bukan cinta. Tinggalkannya sahaja. Orang yg mencintai mu mahu melihat mu bahagia, mahu melihat mu tersenyum, mahu kau berjaya, berdiri di belakang mu saat kau jatuh, bantu diri mu bangkit kembali.

Cinta bertepuk sebelah tangan. Sakit. Ya menyintai seseorang tanpa mendapat balasan adalah sakit. Kau mahu kan yg terbaik untuk dia. Tp dia, hanya anggap mu tidak lebih dari kawan. Sampai bila kau mahu bertepuk sebelah tangan? Mungkin bukan jodoh mu.

Cinta. 

No comments:

Post a Comment