Wednesday, June 4, 2014

Searching...

I'm looking for someone named Johari or Joe from Setapak that I've been chatting with for two nights. I would like to know him better, seriously. Nick name in this one particular chatting site can be change every time we log in. He's been using different names both nights. If it's happen you're the Joe that I've been chatting with talking about college politics and also ovo-vegetarian thinggy, do contact me. 

I know anyone can be anyone else online. But I don't know. Who know's I'm lucky enough to meet him. 

Tuesday, June 3, 2014

How To Love Yourself

I've been having problem loving myself. Yes it is true. I can care and love everyone else so much but not myself. Why? I'm not sure myself. So I found a 'how to' on the net. It might help you or maybe you can help someone who's having problem like mine.

http://www.wikihow.com/Love-Yourself

Image taken from the link above.

Ayat Ayat Cinta







Mesti kalian ingat lagu ini kan? Tak ingat movie tu keluar tahun berapa tapi best lah cerita tu. Lain dari yg lain. Walaupun cerita dia cerita Indonesia, tp set up dia, cara dia rakam berbeza dari typical cerita Indonesia. Jalan cerita pun sangat menarik.



Malam bila tah baru-baru nie tetiba teringat lagu nie. Cari la kat Youtube. Bila tengok video clip dia tak ingat jalan cerita movie nie macam mana. So gigih la tengok clip by clip movie Ayat Ayat Cinta kat Youtube tu. Lepas tu nangis sesorang. Huhu. Owh well. Enjoy the clip!

Thursday, May 29, 2014

Crack Under Pressure

Aku tak kuat. Aku tak pernah kuat. Dulu ade yg menjadi anchor aku. Sekarang tak de. Aku tak kuat. I need someone. Tak perlu kau katakan aku ada Allah dan family. Aku tau. Tp ia nya berbeza. Aku bukan nya orang yg rapat dengan family. Bukan aku tak dekat dengan Nya. Tp bila physically tu berbeza rasa nya. Aku tak kuat. Aku tak kuat. Dia dulu kata aku kuat sebenarnya. Walaupun aku selalu nangis, deep inside aku kuat. Ada orang tu nampak kental, tp dalaman dia tak kuat. Aku rasa kan aku seperti apa yg dia katakan. Tp tidak. Aku memang tak kuat. I need someone.

Monday, May 12, 2014

Aku Bukan Stereotype

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian..

Masa amat mencemburui aku sejak dua menjak nie. Cita-cita nak rajin tulis post terpaksa aku tone down dahulu. So Dewi, ape yang stereotype nya? Mengikut pak cik Google, stereotype bermaksud a widely held but fixed and oversimplified image or idea of a particular type of person or thing. Contoh kalau cakap pasal langit, mesti warna biru. Kalau cakap pasal rumput, mesti hijau. Itu lah stereotype. Tapi ape yg aku nak cakap nie? Meh aku cerita sikit.. 

Berlaku satu insiden yang merubah hidup aku hampir 360' pada tahun 2012 yang lepas. Masa tu aku down. Tapi aku mampu naik kembali. Tahun lepas lebih kurang waktu yang sama, aku down kembali. Tak mampu aku nak bangkit semula jujur aku katakan. Itu lah saat paling down dalam hidup aku. Tapi aku ( pernah ) ada dia. Dia bantu aku. Sedikit demi sedikit aku naik kembali menjadi diri aku yang sebenar. Tanpa aku sedari, aku berubah. Berubah menjadi seorang yang lebih baik serasa aku. 

Waktu itu aku rasa, aku kene menjadi seorang yang lebih baik. Tapi macam mana? So aku mula sikit-sikit. Dari pakaian aku. Dulu aku sering pakai baju berlengan 3/4, baju atas punggung dan ketat. Tidak aku nafikan. Aku mulakan dengan pakai baju lengan panjang sahaja. Aku mula sikit-sikit. Mula tu biasa la sikit sikit nak senseng lengan bila pakai baju lengan panjang. Maklum lah dah terbiasa kan. Bila aku senseng tu, aku tarik balik. Lama-lama dah terbiasa. 

Kemudian aku mula beli handsocks dan stokin muslimah ( kata nya lah. Beza cuma panjang sahaja ). Aku beli kat Mydin je. Time tu aku memang blur nak beli yang mana. Maklumlah tak reti kan. Dulu beli handsocks pun sebab bila pakai baju short sleeve, pakai handsocks, cover la kulit. Tapi kulit semata. Mula-mula nak pakai handsocks dan stoking nie cam halaaaaa. Tapi macam pakai je lah Dewi. Bila dah terbiasa, tak menjadi masalah. Ada jugak lah try tak pakai handsocks, rasa awkward nyaaaa lah!!! So aku pun pakai lah every time keluar rumah. 

Satu lagi masalah aku bila pakai stoking nie, aku nie dulu pakai flip flop je memanjang. Setahun dua kali aku tukar flip flop sebab dah lusuh. So aku korek-korek la kasut aku yang ada dalam kotak tu je tak keluar-keluar. Ada la beberapa yang masih elok untuk dipakai. Sikit-sikit aku beli kasut baru yang ok.  

Pada masa yang sama, aku mula pakai baju yang tutup punggung. Aku asingkan baju yang singkat dan sendat. Bila tengok balik apa yang tinggal, sedih nya. Macam dah tak de baju. Tapi tak pe lah, pakai je apa yang ada. Owh ya, tudung yang jarang dia kemain dan pendek pun aku dah asingkan. Bila beli baju baru pun aku usahakan untuk cari yang cantik la jugak di mata aku dan juga labuh serta tidak sendat. Tak aku nafikan aku suka pakaian yang cantik seperti gadis ( tak nak mengaku dia tu wanita chuuuiii!!! ) lain. Tapi bagi aku, aku pakai sebegitu kerna aku suka. Tidak berniat untuk menarik perhatian sesiapa.

Terdetik dalam hati nak pakai tudung labuh. Tapi aku tak gemar tudung yang macam ustazah pakai tu. Orang panggil tu tudung Koshibo kerana kain nya nama Koshibo. Atas sebab tak cantik. Haha Dewi, typical sangat jawapan. Tak aku nafikan, mesti ada yang berkata tak cantik di mata manusia tak apa, tapi cantik di mata Allah. Sering aku mendengar jawapan sebegitu. Aku nak tudung yang berwarna. Aku kan suka warna. Colourful pun tak pe. Aku suka. Ade sekali, aku beli di area parents aku tinggal. Tudung empat segi yang tidak ku tahu bidang apa. Tapi besar lah. Tu pun beli senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa termasuk parents aku.

Bila aku ke Kelantan, aku ambil peluang untuk beli tudung bidang besar. Yang orang dok kata bidang 60 tu lah kan. Orang yang tak tau pasal tudung bidang besar nie bila pergi beli mesti la tak tau brand ape, harga standard berapa pun aku tak tau. Aku berjaya beli 5-6 helai. Aku gembira tak terkata dalam hati. Tak lama kemudian, aku ke Jakel di Jalan TAR dengan dia. Aku nak buat tudung kata ku. So pusing la Jakel tu. Dari tingkat satu ke tingkat dua. Kesian salesperson tu. Nak dekat 2 jam jugak lah kat Jakel tak jumpa pape. Maklum lah aku nie kan banyak bebeno criteria nak kene ikut. Last last jumpa. Kain dia perfect! Aku beli la satu setengah meter. Cari kedai jahit tepi tak de. Kedai Melayu ada tapi everytime aku pergi mesti tutup. Weekday ke weekends ke siang malam aku pergi mesti tutup. Sakit hati betul. Last last aku mintak dia tolong hantar kat mak dia untuk jahit tepi tudung dengan piping. Time tu tengah in tudung/shawl ber piping nie.

So ade lah beberapa koleksi aku yang tak seberapa itu. Aku pakai bila pakai baju kurung at au baju muslimah yang sempat aku beli di Kelantan tempoh hari itu sahaja. Sebab aku rasa pakaian ku semua tak cukup syarat untuk aku pakai tudung besar nie. Yea lah kalau baju tak tutup punggung atau sipi-sipi tapi pakai tudung labuh tak ke nampak awkward. Walaupun tidak bertudung labuh, aku usahakan untuk pakai tudung yang menutup dada.

Lama kelamaan aku makin selesa bertudung labuh. Tidak aku pakai setiap masa. Tapi aku usahakan untuk sering pakai. Tak lama lepas tu, aku terdetik ingin berpurdah. Macam best je berpurdah. So aku mula la cari online shop yang jual purdah nie. Aku nie dah la sengkek, nak beli lagi. Cam mana yea. One day aku terfikir. Why not guna tudung labuh tu, sekali kan jadi purdah. Aku pun buat la trial and error. Menjadi!!! So day 1 aku pakai purdah sebegitu ke college. Tak de la rasa dipandang pelik. Day 2 aku pakai g mall, tak pelik jugak. Tapi ada seorang gadis cashier nie aku perasan, bila dia deal dengan aku, muka dia nampak sangat bersinar tau tengok aku. Aku pulak yang pelik.   

Ok sampai situ sahaja cerita perubahan aku yang tak berapa nak berubah sangat pun. Apa yang aku nampak kan bila bertudung labuh dan lebih bertutup nie kan, aku rasa lebih secure. Aku tak nafikan. Masa mula-mula aku baca blog orang yang start/dah bertudung labuh nie macam yea ke. Ape yang safe nya? Tudung je kan. Ha~ Aku pun tak reti nak explain. Aku part explain nie memang fail. Tapi ape kata bagi muslimah di luar sana, try untuk bertudung labuh dan menutup aurat anda dengan sempurna untuk sehari. Anda akan nampak perbezaan nya. Betul tak tipu.

Walaupun hampir 50% bila keluar aku sudah mula bertudung labuh, aku tak nafikan yang aku masih lagi banyak kekurangan nya dalam bab agama. Aku bertudung labuh bukan kerana aku nak kata aku alim, lihatlah aku dah hafal banyak juzu'. Tidak. Aku masih lagi banyak kekurangan. Orang sering mengatakan ala tudung labuh tapi perangai kalah orang tak pakai tudung. Tudung labuh tapi hati busuk sekian sekian sekian. Macam-macam lah. Aku tak nafikan juga kadang-kadang aku salah seorang daripada mereka yang berkata begitu. Tapi aku refleks kepada diri ku sendiri. Kenapa aku bertudung labuh. Bagi aku itu lah sekecil-kecil perkara yang dapat aku lakukan. Aku nie entah la, masih jahil lagi. Banyak sangat kekurangan nya. Aku sering mengadu kepada dia, aku nie bertudung tapi perangai dot dot dot. Aku nie pakai begini tapi masih dot dot dot. Dia cuma kata, tak ape lah. Pelan pelan. Sekurang-kurang nya awak masih ada tudung. 

Aku ( kadang-kadang ) bertudung labuh tapi aku bukan stereotype. Aku masih banyak kekurangan. Stereotype yang orang katakan tudung labuh mesti alim, jalan pandang ke bawah jaga pandangan, segala-gala nya dijaga. Aku usahakan untuk jada tapi aku tidak seperti apa yang orang sangkakan orang bertudung labuh itu seperti apa.

Di sini aku hanya bercerita tentang diri aku. Tiada kaitan dengan sesiapa. Aku tidak maksudkan sesiapa di sini kecuali aku dan dia. Maaf jika terasa.