Tuesday, August 21, 2012

Traffic!!!!!

Yup traffic. Sakit hati kan nowadays bila drive pergi somewhere yang dekat tu, distance dalam 10 minit, bila jam sikit mau 30 minit. Sakit hati kan? Ditambah lagi dengan perangai-perangai manusia yang dia fikir dia sorang je yang bayar cukai jalan nie. So~ aku bukan nak cerita-ceritu tentang kesakitan hatiku drive kat Key-El Selangor nie. Tapi pasal jumlah kenderaan yang makin banyak lagi-lagi kat kawasan bandar macam Key-El.

Ape yang buat aku nak buat entri pasal kenderaan nie? Hari Khamis lepas, aku pergi balik college naik bus. Aku keluar rumah pukul 6.15 pagi. Tunggu bus kejap, dah sampai. Nak ke LRT Kelana Jaya amek masa 30 minit. Sampai je kat LRT, bus nak ke Putrajaya dah sampai. Terus la naik. Bus tu tak de air-cond. Sedih-sedih. So driver bus tu pun bukak la yang macam emergency opening kat tengah-tengah bus tu. Aku duduk dekat-dekat opening tu la. Tup tup tertido. Tiba-tiba!! Hujan daa~~ Menitik-nitik kene aku. *sobs sobs* Driver bus stop dekat Petronas Bandar Bukit Puchong tok tutup opening tu. Hujan lebat sampai la kat Putrajaya. Kat Putrajaya, tunggu bus jap untuk ke Street Mall. Kat Street Mall tunggu bus sat ke College. Kira nya dari rumah nak ke college aku, aku kene amek 4 bus dan amek masa paling kurang 3 jam. 3 jam weyh!!! Tapi rezeki aku hari Khamis lepas 2 jam je. Yea la kereta tak banyak keluar lagi kan. Hehe. Kalau drive dari Kelana Jaya ke college, ade la 30-45 minit.

Public transport yang aku cerita tu ade jugak la kaitan dengan tajuk entri aku nie. Aku masuk ke sub-topic yang serasa aku menjadi punca serba sedikit. Ramai orang sekarang nie berhijrah ke kota besar dengan harapan dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa di bandar berbanding di kampung. Bila dah kat bandar besar nie mesti la nak kene ade kerja kan? Cari kerja, alhamdulillah rezeki dapat kerja yang gaji pun ok ok saja~ Bila dah kerja sebulan dua, tak sedap la kan menumpang kat rumah member tak pun saudara-saudara yang dah lama tinggal kat Key-El nie. Dapat rumah/bilik murah. Ok la kan daripada tak de. Tapi masalah problem nye~ Jauh dari tempat kerja. Nak jalan kaki, tunggu esok baru sampai. So naik la public transport. Public transport murah memang murah. Tapi bila time peak hour tu, nauzubillah!!!! Sesak weyh!! Kadang dah penuh dah train atau bus tu, kene la tunggu the next one. Time is money nowadays. Lambat seminit, hilang gaji sejam. Sadis betul lah~ 

Lepas tu sekarang nie, public transport tak cover semua area. Even kalau naik teksi pun ada teksi tak nak bawak. Macam-macam alasan dia bagi. Kalau dia bawak pun, ada high chances yang dia akan cekik darah. Lepas tu kalau pergi mana-mana malam kalau penting ke kan, naik teksi, lagi-lagi perempuan, kan bahaya. Tak pun kalau malam-malam emergency, nak cari teksi susah weyh~ Nak travel from one place to another. Cam aku nie kaki berjalan. Memang perlu kenderaan. Kalau aku nak sesuatu, aku pergi kat tempat yang aku nak tu gak. Aku tak opt ke tempat yang dekat tapi barang/kualiti dia kureng. So orang tend to beli kereta~ Kereta yang paling banyak sekarang aku nampak kat jalan ialah kereta Perodua Myvi. 

Bila sorang dah nak ade satu kereta kan, mula la jam yang dahsyat dia teramat!!! Lagi-lagi kalau peak hour tu. Yea semua orang nak pergi kerja, college semua bagai. Kalau pagi tu boleh la nampak semua orang naik sorang satu kereta, muka ngantuk, muka stress sebab lambat sikit terus jam kemain. So bila kereta dah banyak, yang naik public transport tu lagi lah lambat. Faham kan kenapa. Yea la kalau naik bus memang lambat sebab dia akan lalu route yang kita tak lalu. Kita nak ke point C dari point A. Tapi dia lalu kat point B. So distance tu terlebih la kan. Lambat dan lambat. 

Tu yang normal peak hour. Kalau hari Jumaat petang, jam dia awal sikit dari biasa dan lain macam sikit. Tak tau la kenapa tapi memang lain macam la. Tu hari Jumaat, kalau bulan puasa tu, jam dia awal sejam dari hari biasa. Kemudian orang start tak sabar, stress. Maka accident. Lepas tu bertambah-tambah lah jam. Sabar je la~ Aku cerita time peak hour je. Tak nak cerita time-time lain. Nie pun dah panjang dah aku type. Aku nie kalau start cerita kemain panjang melebar. Yang selalu jadi mangsa tu Mohamad Taufiq la. Kalau aku dah start cerita, bukan aku habiskan cerita tu. Tapi aku akan menyimpang ke cerita-cerita lain. Selalu nye aku akan habiskan cerita. Tapi kalau cerita tak habis tu~ Sambung lain hari je lah. Confirm aku nie akan cerita kat dia 2-3 kali cerita yang sama. Tehee~ Dia pun dengar je la. Nak buat camano.

So itu je lah cerita aku yang aku lari sikit dari topic. Sekian~ Selamat hari raya ke 3~

No comments:

Post a Comment