Tuesday, August 21, 2012

Traffic!!!!!

Yup traffic. Sakit hati kan nowadays bila drive pergi somewhere yang dekat tu, distance dalam 10 minit, bila jam sikit mau 30 minit. Sakit hati kan? Ditambah lagi dengan perangai-perangai manusia yang dia fikir dia sorang je yang bayar cukai jalan nie. So~ aku bukan nak cerita-ceritu tentang kesakitan hatiku drive kat Key-El Selangor nie. Tapi pasal jumlah kenderaan yang makin banyak lagi-lagi kat kawasan bandar macam Key-El.

Ape yang buat aku nak buat entri pasal kenderaan nie? Hari Khamis lepas, aku pergi balik college naik bus. Aku keluar rumah pukul 6.15 pagi. Tunggu bus kejap, dah sampai. Nak ke LRT Kelana Jaya amek masa 30 minit. Sampai je kat LRT, bus nak ke Putrajaya dah sampai. Terus la naik. Bus tu tak de air-cond. Sedih-sedih. So driver bus tu pun bukak la yang macam emergency opening kat tengah-tengah bus tu. Aku duduk dekat-dekat opening tu la. Tup tup tertido. Tiba-tiba!! Hujan daa~~ Menitik-nitik kene aku. *sobs sobs* Driver bus stop dekat Petronas Bandar Bukit Puchong tok tutup opening tu. Hujan lebat sampai la kat Putrajaya. Kat Putrajaya, tunggu bus jap untuk ke Street Mall. Kat Street Mall tunggu bus sat ke College. Kira nya dari rumah nak ke college aku, aku kene amek 4 bus dan amek masa paling kurang 3 jam. 3 jam weyh!!! Tapi rezeki aku hari Khamis lepas 2 jam je. Yea la kereta tak banyak keluar lagi kan. Hehe. Kalau drive dari Kelana Jaya ke college, ade la 30-45 minit.

Public transport yang aku cerita tu ade jugak la kaitan dengan tajuk entri aku nie. Aku masuk ke sub-topic yang serasa aku menjadi punca serba sedikit. Ramai orang sekarang nie berhijrah ke kota besar dengan harapan dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa di bandar berbanding di kampung. Bila dah kat bandar besar nie mesti la nak kene ade kerja kan? Cari kerja, alhamdulillah rezeki dapat kerja yang gaji pun ok ok saja~ Bila dah kerja sebulan dua, tak sedap la kan menumpang kat rumah member tak pun saudara-saudara yang dah lama tinggal kat Key-El nie. Dapat rumah/bilik murah. Ok la kan daripada tak de. Tapi masalah problem nye~ Jauh dari tempat kerja. Nak jalan kaki, tunggu esok baru sampai. So naik la public transport. Public transport murah memang murah. Tapi bila time peak hour tu, nauzubillah!!!! Sesak weyh!! Kadang dah penuh dah train atau bus tu, kene la tunggu the next one. Time is money nowadays. Lambat seminit, hilang gaji sejam. Sadis betul lah~ 

Lepas tu sekarang nie, public transport tak cover semua area. Even kalau naik teksi pun ada teksi tak nak bawak. Macam-macam alasan dia bagi. Kalau dia bawak pun, ada high chances yang dia akan cekik darah. Lepas tu kalau pergi mana-mana malam kalau penting ke kan, naik teksi, lagi-lagi perempuan, kan bahaya. Tak pun kalau malam-malam emergency, nak cari teksi susah weyh~ Nak travel from one place to another. Cam aku nie kaki berjalan. Memang perlu kenderaan. Kalau aku nak sesuatu, aku pergi kat tempat yang aku nak tu gak. Aku tak opt ke tempat yang dekat tapi barang/kualiti dia kureng. So orang tend to beli kereta~ Kereta yang paling banyak sekarang aku nampak kat jalan ialah kereta Perodua Myvi. 

Bila sorang dah nak ade satu kereta kan, mula la jam yang dahsyat dia teramat!!! Lagi-lagi kalau peak hour tu. Yea semua orang nak pergi kerja, college semua bagai. Kalau pagi tu boleh la nampak semua orang naik sorang satu kereta, muka ngantuk, muka stress sebab lambat sikit terus jam kemain. So bila kereta dah banyak, yang naik public transport tu lagi lah lambat. Faham kan kenapa. Yea la kalau naik bus memang lambat sebab dia akan lalu route yang kita tak lalu. Kita nak ke point C dari point A. Tapi dia lalu kat point B. So distance tu terlebih la kan. Lambat dan lambat. 

Tu yang normal peak hour. Kalau hari Jumaat petang, jam dia awal sikit dari biasa dan lain macam sikit. Tak tau la kenapa tapi memang lain macam la. Tu hari Jumaat, kalau bulan puasa tu, jam dia awal sejam dari hari biasa. Kemudian orang start tak sabar, stress. Maka accident. Lepas tu bertambah-tambah lah jam. Sabar je la~ Aku cerita time peak hour je. Tak nak cerita time-time lain. Nie pun dah panjang dah aku type. Aku nie kalau start cerita kemain panjang melebar. Yang selalu jadi mangsa tu Mohamad Taufiq la. Kalau aku dah start cerita, bukan aku habiskan cerita tu. Tapi aku akan menyimpang ke cerita-cerita lain. Selalu nye aku akan habiskan cerita. Tapi kalau cerita tak habis tu~ Sambung lain hari je lah. Confirm aku nie akan cerita kat dia 2-3 kali cerita yang sama. Tehee~ Dia pun dengar je la. Nak buat camano.

So itu je lah cerita aku yang aku lari sikit dari topic. Sekian~ Selamat hari raya ke 3~

Sunday, August 19, 2012

I Thought I Was Going to Die

Yup. That was what I think last Friday morning. The story started on Thursday... 

Masa sahur Khamis lepas, aku rase tak sedap hati. Kemudian badan aku sejuk-sejuk. Aku fikir nak demam la nie kan. Nak kate main hujan, tak de pun. So pagi Khamis tu aku naik bus ke college sebab tah, malas bawak kereta. Dalam bus ok je macam biasa. Kemudian aku ade test Culture. Tengah-tengah buat test tu tetibe je, masuk dalam kepala aku nak buat wasiat. Dalam berfikir tu, aku fikir lagi. Ape ke hal aku fikir pasal wasiat nie. Aku cuba erase ape yang aku dok fikir kan tu. Sambung buat test. Bila habis test aku balik terus sebab aku tak sedap badan. Tekak aku sakit sikit. Biasa la kan kalau nak demam sakit tekak sikit-sikit. So aku ignore je la. Sampai kat area rumah, aku feed Zoe jap, kemudian terus balik.

Kat rumah aku online sat, terus tido. Sebab dah lebih 24 jam aku tak tido. Tak tau la kenapa kan tak boleh tido. Pukul 8 aku baru bangun, Taufiq kejut. Tak larat kot. Taufiq suruh makan, makan ubat suma-suma la. Dia kate nak p klinik tak, aku kate tak yah sebab demam sikit je. Aku tak nak mengada-ngada sakit sikit g klinik. Makan sikit-sikit, lepas tu online sat. Nak makan perit gila kot! Makan pun tak banyak. Makan la jugak actifast sebijik. Pukul 10 aku tido balik kemudian terjaga pukul 2 pagi. Dah aku tak boleh tido. Kadang aku memang camtu. Dah excited dah tido awal. Tup tup bangun terlebih awal. So aku pun online. Tengok documentary kat Youtube. Dalam pukul 4 camtu mama macam nak kejut sahur la. Walhal aku tak tido pun. Mama kate nak balik Tanjong Malim pukul berapa. Aku kate la aku balik esok ( Sabtu ) je sebab aku tak larat kot. Mama rasa badan aku, panas. So mama kate pagi nanti ke klinik la, mama Mama bayar. Aku tak nak. Bagi aku demam biasa-biasa je. Jap lagi ok la tu kan. Tetibe dalam pukul 4.30 pagi aku rase dah sejuk gila dah. Aku cari thermometer yg letak kat bawah lidah tu, aku check temperature aku. Time tu 38.6'C. Confirm exceed normal. Normal 37.3'C. Aku dah naik risau. Aku try tido. 

Time tido tu aku macam sedar tak sedar dok bercakap je kate sejuk sejuk. Memang sejuk pun. Then at one level aku tak tahan sangat aku bukak cadar aku, aku pakai comforter yg aku buat alas tilam bagi empuk sikit tu. kira 3 lapis la comforter aku sebab yg satu tu size queen, aku lipat dua. Katil aku katil double. Tu pun aku masih sejuk. Aku check temperature aku, 39.5'C. Gila!!! Dalam pukul 7 lebih aku rase terbatuk-batuk teruk. Aku sms mama nak air suam. Mula aku try minum, lepas tu badan aku dah start cramp. Aku tak dapat rasa tangan aku. So aku mintak mama pegang cawan tu. Aku makin tak boleh rasa tangan, kaki even bibir aku start cramp. Yang paling aku risau, kepala aku cramp. Aku tak nak pape jadi kat otak aku. Risau yang teramat lah. Pastu aku try baring. Time baring tu aku dah start sesak nafas. Masyaallah nak tarik satu nafas tu tersangat lah seksa. Terlalu seksa. Aku rasa time tu aku macam dah nak mati dah. Sumpah aku tak tipu. Orang kate kalau malaikat maut datang, kita boleh nampak dia. Aku try jugak megucap time tu kot-kot ke kan. Bukan mintak ok. Lepas tu Abang pergi bawah jumpa guard. Aku time tu tah la tak tau nak cakap cam ne. Aku cari henfon aku, tak jumpe. Aku mintak henfon mama, aku call Taufiq. Time tu aku rase dah sangat nazak. Nak cakap dengan dia pun sangat susah. Lepas tu Abang balik kate dia dah call Ramzul. Aku tau Ramzul lame lagi sebab rumah dia jauh. So aku kate call Taufiq, dia dekat. So Mama dengan Abang call Taufiq through phone aku. So sementara tunggu one of them yang akan sampai dulu, Mama dan Abang letak aku kat kerusi beroda Abang dan bawak aku turun.

Time keluar rumah tu tak yah cakap la aku mengigil gila!! Dah la baru lepas hujan. So tunggu kat bawah. Time tu aku dah sedar tak sedar. Nak bukak mate pun dah tak boleh. Aku rase nak tunggu either Taufiq atau Ramzul sangat lah lame. Sumpah lame gila.Aku tau dari Subang Airport ke rumah aku dalam 10-15 minit. Tapi time tu aku rasa macam dah setengah jam dah. Kemudian Taufiq datang. Abang dengan Taufiq tolong papah aku naik kereta Taufiq. Time tu aku rase macam dah tak lame dah. Memang tak larat langsung la. Aku dok mengucap je sepanjang perjalanan. Sampai kat Kelana Jaya Medical Centre ( KJMC ) aku naik wilcha ( wheel chair ). Taufiq papah aku dari kereta naik wilcha. Aku pun masuk la kat emergency room ( ER ).

Kat dalam ER, nurse papah aku naik atas katil, pakaikan aku selimut, check temperature, check pulse aku sume tu la. Aku sedar tak sedar. Aku dengar dia kate temperature aku 38.4'C. Kemudian doctor datang. Dia tanya aku few questions. Aku jawab je la. Aku kate la sakit tekak sikit, demam panas etc. Then dia check tekak aku. Dia kate aku ade pe bende tah. Aku mane la faham term medic nie kan. Aku tanye la Layman nye bahasa pe bende tu. Kate nye tonsil aku bengkak teruk dan bernanah. Aku macam WTF!!! Aku tak rase sakit hape pun tetibe je boleh sampai bernanah. Lepas tu dia tekan-tekan aku nye leher. Mak aih perit kot. Aku tak sure berapa lama aku kat dalam tu. Bila aku cam dah betul-betul sedar, aku ternampak jam kat dinding nak dekat pukul 11. Darah aku kene amek, kene masuk drip. Selang tu diorang masukkan drip antibiotic. Kemudian doctor kate aku kene admit kat ward. Aku macam weyh tak nak la!!! Aku tak suka la masuk ward nie. Bila doktor dah blah, aku tanye nurse tak boleh ke aku dok rumah je makan ubat. Dia kate tekak aku dah bengkak dan tak boleh telan pills, so kene masuk ubat through drip jugak. Dah sudah~ Diorang pun bagi aku minum 2 pill pe bende tah kale putih. Besa gak la.. Perit gila aku cakap nak telan pill tu. Nurse kate kalau temperature dah sampai 39.5'C tu memang sebab tonsil. Baru ku tahu~

Bila saline aku dah habis, doktor kate diorang prepare surat tok aku transfer g Hospital Sungai Buloh ( HSB ). Aku macam dah pelik semacam dah. Aku tak cakap pape pun. Lantak lah. Yang aku tau aku tak nak masuk ward. Aku pun keluar la dari ER sambil nurse escort aku kot-kot aku tumbang ke kan. Tapi time tu aku jalan pun masih tak betul lagi. Aku usahakan jugak jalan. Aku tengok Ramzul dah datang dan Taufiq dah tak de. So kitorang gerak g HSB. Ramzul based on Taufiq punye map yang aku rase tak de rupe map pun. Aku kate tak pe, aku tau jalan.

Kat HSB, kitorang g bahagian emergency. Papa dah sampai dah kat HSB cuma tak tau kitorang kat mana. Time tengah tunggu turn, tetibe aku rasa ade yg pegang dahi aku. Papa rupa nya. Pung pang pung pang setelah sekian lame tunggu, aku g check up and tengok kene masuk ward ke tak. Doktor yang check aku tu nampak macam freshie je. Dia tengok surat dari KJMC, antibiotic yang diorang bagi kat aku tu antibiotic yang kuat. Aku terkejut gak. Dia check tekak aku, yup ada nanah. Dia panggil senior doctor kot. Dia pun check ada nanah dan bengkak. Kate nye tak yah masuk ward, diorang bagi ubat tengok reda ke tak bengkak tu. Kalau within 3-4 days tak turun gak bengkak tu, there must be something else yang penyebab bengkak tu. Aku dah happy gila kot tak yah masuk ward. So amek ubat dan balik. Ramzul balik dulu sebab ape tah. Balik ke rumah kat Kelana Jaya amek barang-barang dulu.

Aku tido sat, sebab penat. Mama kejut dalam pukul 5 petang. So bersiap pegi Tanjong Malim. Aku ade gak check tonsil aku kat cermin. Yup bengkak dan banyak sangat nanah. Belah kiri yang paling teruk.Yang lain bukak puasa dalam kereta je. Confirm-confirm la RnR penuh kan. Kat Tanjong Malim kitorang makan kat maple. Aku order nasi goreng telur dadar. Aku kalau kat maple confirm order nie. Tak tau la kenapa. Nak makan tak seperit pagi tu la. Ok sikit. Mungkin sebab dah dapat antibiotic kat KJMC kot bengkak tu dah surut sikit. Lepas tu kitorang pun balik la rumah.

Kat rumah aku message-message sikit dengan Taufiq. Dia kate sorry sebab tak tunggu aku. Aku kate tak pe lah, Mama dah cite yang dia tak boleh keluar lama. Dia tunggu dalam sejam lebih camtu, lepas tu balik g tempat kerja dia. Nasib baik lah Taufiq ade.

Pagi nie, demam aku dah ok, bengkak pun dah surut, nanah pun dah kurang. Alhamdulillah. Masyaallah pengalaman aku tu, seriously menakutkan. Part yang sesak nafas tu paling takut. Jadi kepada kalian semua, hargailah setiap saat anda di muka bumi ini. Anda tak tau berapa lama korang hidup. Mungkin seminit lagi nyawa korang akan ditarik. Who knows kan. Sekian sahaja~ Selamat Hari Raya..

Raya!!


Wednesday, August 8, 2012

Niat


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Frankly to say dah lame gila kot tak update blog nie. Fuh!! Kesian blog nie. Nak cerita tapi tak tau nak cerita ape. Banayk gila bende jadi dalam hidup aku lately. Owh yea, not to forget. Sekarang nie bulan Ramadhan!!! Aku, tak boleh puasa penuh. Tak boleh yea, bukan tak nak. Lain tu maksud dia. Nanti akan aku tulis satu entri berkaitan Ramadhan. Nantikan~ Jeng jeng jeng. Insyaallah malam raya tu aku post entri tu. Hopefully ade masa lah kan. Tehee~

So entri kali nie berkaitan niat. Bukan lagu niat tu yea. Tapi niat kita, nawaitu. Apa pun yang kita lakukan mesti ade niat. Betul tak? Contoh aku berniat nak pergi farmasi nak beli syampoo. Tak pun aku berniat bangun pagi hari nie nak buat assignment. Contoh je ek. Ha tu kan niat. Ape pun yang kita buat confirm lah ada niat. Tak pun, Ali tak nak datang ke sekolah sebab dia nak pergi cyber cafe main game. Tu pun niat jugak. Tapi niat yang tak baik la kan. Satu lagi, Mamat datang ke kampung nya untuk menyunting bunga di taman tanpa pengetahuan isteri pertama nya. Nak menyunting bunga tu dah betul dah niat, tapi cara Mamat tu tak betul. Nak kawen lain mesti lah ade persetujuan isteri pertama, dop? Niat dah betul, cara tak betul tak jadik jugak. Nyeeeeepppop!! Teringat time sekolah dulu-dulu budak-budak suke cakap camtu. 

OK back to the topic niat. Ade sorang member aku, nama Nazri. Dia pernah tanye aku. Kenapa kalau orang baru je berniat nak buat baik dapat pahala, bila dia lakukan apa yang diniatkannya tu lagi la dapat pahala kan. Tapi kalau orang yg baru berniat jahat, tak dapat dosa. Tapi bila dah lakukan perkara jahat yang  diniatkan dia tu baru dapat dosa. Sampai sekarang aku masih mencari jawapan nye. Serious~ Dulu aku pernah dapat teka teki dari sorang kawan sekolah masa form 3, time aku kat matriks baru aku dapat jawab. Bayangkan lah wei, mau 3-4 tahun aku cari jawapan tu. So kalau sesape tau jawapan kepada soalan encik Nazri nie, sila lah bagi tau aku ek?

Ape yang membuat aku pagi-pagi yang tak berapa nak buta nie pegi buat entri pasal niat? Tak niat puasa ke? Haipp! Mane ade lah. Cerita nya jadi semalam. Dari pagi sampai malam aku asyik diingatkan indirectly tentang betapa penting nya niat seseorang tu. Lagi-lagi kalau niat tu dikaikan dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Contoh yang senang aku nak cerita kucing. Yea la kan, mentang aku suka gila kat kucing tu. Tehee~ Nie kisah benar la yang diceritakan kepada aku oleh seseorang yang aku percaya. Cerita nya, ada sorang lelaki nie, kita namakan dia Pak Mat. Pak Mat ada bela kucing. Pak Mat sayang gila lah kat kucing nie. Sayang nye Pak Mat dengan kucing dia nie sama atau lebih sikit la sayang dia kepada anak dia sendiri. Kire nye mereka berdua nie memang tak boleh dipisahkan langsung lah kan. So satu hari nie Pak Mat tak tau la ape masalah dia kan, dia macam buang kucing tu. Bukan buang tepi jalan. Tapi letak kucing tu kat luar rumah dia. Mungkin kucing nie stress, tak boleh terima kenyataan ke ape ke kan, jatuh sakit. Kasihan~ Dah bawak ke klinik haiwan. Tapi kucing Pak Mat tak dapat diselamatkan. Keadaan kucing Pak Mat dari hari ke hari makin teruk. Didapati kucing Pak Mat menghidapi satu penyakit yang memang tak jangka ada. Selama-selama nie kucing dia sihat je. Tup tup ada penyakit. Allah lebih sayangkan kucing Pak Mat nie, jadi kucing Pak Mat pergi meninggalkan Pak Mat sekeluarga. Bertapa sedih nya Pak Mat nie kan. Kucing dia yang ditatang bagai minyak yang penuh pergi sekelip mata je just because of Pak Mat ada niat tak baik. Niat tak baik Pak Mat yang Pak Mat sendiri telah lakukan adalah dengan meletak kucing nya di luar setelah ditatang bagai minyak yang penuh. Punye la kecewa Pak Mat nie. Tapi yang pergi tak boleh kembali. Jadi, buang yang keruh ambil yang jernih yea.


Berdasarkan sinopsis cerita yang tak berapa nak sinopsis tu korang dapat la bayangkan kan ape bende yang aku dok merepek dari tadi. Kalau tak paham haip!! Buat-buat paham. Aku dah lama gila tak post entri dalam Bahasa Melayu nie ha~ Jangan ketawa ketiwi BM aku nie teruk. Aku berusaha hokay~ Kau hado? Satu lagi contoh yang senang kite amek SPM. SPM tahun aku lah. Aku dah tak paham SPM sekarang nie macam mana. Ade sorang gadis bernama Laila. Dia struggle gila kot study. Buat latih tubi, stay up, jumpa cikgu tanye soalan, study group sume tu lah kan. Ibadah dia pun tak ditinggalkannye. Siap buat sunat lagi. Laila amek 10 subject. Time trial dia score habis la. Trial bukan sekali hokay~ 3 kali trial SPM. Sekolah kau hado? Budak nye tak sombong, aktif. Kira memang top student la kat sekolah tu kan. Nak ditambah cerita, Laila nie dapat anugerah pelajar terbaik dari form 1 sampai la form 4. Form 5 tak de, SPM tak lepas lagi camano nak nilai dop? Laila nie ade cita-cita boleh tahan tinggi jugak la. Lepas habis SPM, masuk university glamer,top-top amek medic ( aku petik medic sebab nie la kos yang hampir semua orang dok gila-gilakan ), kemudian kerja kat hospital swasta, kumpul harta, kumpul kekayaan. Bila dah femes, dia nak harta tu dia punye je. Dia tak nak share dengan orang. Lantak pi la orang pe nak jadi. Ha~ dia berniat macam tu sekali. So masa amek result SPM, bertapa terkejut nye dia bila result dia bukan straight A1. Semua orang lah terkejut. Mana tak nye top student tak dapat straight A1 katekan. Dia dapat la 7A 3B. Nampak tak nampak tak. Niat kene betul, baru lah ok. Satu lagi, kalau dah usaha bagai nak rak pun tapi Allah tak izinkan, tak jadi jugak kan. Semua nye bergantung kepada Nya. Jadi mohon la kepada Nya.

Manusia mungkin akan lari daripada Dia bila dah kaya, femes bagai. Tapi tak kisah sekaya mana pun orang tu, sefemes mana pun orang tu walaupun orang tu tak sujud langsung dekat Allah. Allah akan ingat kat orang tu. Allah akan tolong orang tu. Allah sayangkan kita semua. Kita sedar tak? Kalau tak sedar tu cepat-cepat sedarkan diri. 

Sampai sini sajelah entri aku kali nie. Aku kene chiow ini pagi pagi. Itu ada manyak hal lah kene buat ini hari. Have a nice day!!! Wassalam~

Saturday, June 9, 2012

Me Gusta

I'm not a fan of Malay song. But I like this one and made it as my caller ringtone. It's by Najwa Latif and Sleeq entitled Untuk Dia. Enjoy~